Setiap tahun aktiviti Program Kem ICT dianjurkan oleh Kelab Sukan Dan Kebajikan (KSCOM) PPPK UTeM untuk tujuan mengasah bakat yang terpendam di dalam diri sesetengah pelajar. Di samping itu juga bertujuan untuk memperkayakan kemahiran ICT dan menjadikan PPPK UTeM sebagai One Stop Centre.

Bagi melaksanakan tanggungjawab sosial, staf PPPK digalakkan memberi sumbangan perkhidmatan dalam bidang kepakaran masing-masing untuk manfaat anggota masyarakat.

Bagi merealisasikan hasrat ini staf PPPK sentiasa menitikberatkan perkara-perkara berikut: -

  1. Memastikan perkhidmatan yang diberi sebagai sumbangan berasaskan niat yang telus dan ikhlas yang dapat menyumbang ke arah pembangunan masyarakat, agama, bangsa dan negara serta berupaya menangani masalah sosial.
  2. Mendedahkan dan memberi tunjuk ajar penggunaan ICT dalam urusan pekerjaan dan harian supaya mudah dan lebih produktif.
  3. Melaksanakan perkhidmatan sukarela ini dengan penuh kesungguhan.

Berdasarkan latar belakang keperluan di atas, maka Unit Latihan Bahagian Dasar & Latihan PPPK mengambil inisiatif untuk melaksanakan program KEM ICT bersama-sama dengan KSCOM dalam menjayakan hasrat seperti yang dinyatakan.

 

  • Program Kem ICT 2018
  • Program Asas Video Editing

    1. Penghasilan video boleh menjadi bahan pilihan lain untuk membantu para peserta bagi memahami sesuatu pembelajaran dengan lebih jelas dan nyata.
    2. Membantu para peserta mengenali dan mempelajari kaedah penghasilan video sebagai satu media pengajaran dan pembelajaran dalam kuliah.
    3. Windows Movie Maker membolehkan peserta mengekspot video kepada beberapa format yang berbeza bergantung kepada di mana ia mahu gunakan samada diterbitkan di laman web, rakamkan ke dalam CD, DVD atau hanya menyimpannya ke PC.

    Objektif

    1. Memberi pendedahan kepada peserta tentang asas teknik rakaman video dengan menggunakan peralatan yang boleh merakam imej bergerak seperti Kamera Digital, Kamera DSLR, Tablet, Telefon Bimbit dan sebagainya.
    2. Mempelajari teknik dan konsep penyuntingan bagi menghasilkan klip video
    3. Memberi pengalaman baru kepada peserta yang ingin mempelajari kendalian peralatan rakaman dan perisian penyuntingan video.
  • Program Asas Rekabentuk

    1. Peserta Kursus Adobe Photoshop akan diajar dengan kemahiran asas untuk merekabentuk grafik digital atau multimedia menggunakan perisian Adobe Photoshop bagi menghasilkan rekabentuk yang menarik.
    2. Kursus ini dilaksanakan melalui kaedah penerangan, demonstrasi dan latihan amali.
    3. Ia diharap dapat mengembangkan kreativiti peserta dalam mereka bentuk dan mengolah grafik digital bagi pelbagai kegunaan.

    Objektif

    1. Menggunakan peralatan-peralatan dalam Adobe Photoshop untuk tujuan merekabentuk grafik.
    2. Menggunakan teknik-teknik pengolahan grafik digital yang berkesan.
    3. Menghasilkan kerja akhir grafik keformat-format digital yang sesuai.
    4. Mengembangkan kemahiran menghasilkan imej-imej baru
  • Klik untuk Galeri Gambar

 

 

  • Program Kem ICT 2019
  • Tenaga Pengajar : Pn Rafidah Binti Kasim
    Pembantu Tenaga Pengajar : En Mohd Firdhaus Bin Md Razali

    Pengenalan

    Tujuan modul ini diperkenalkan untuk mempelajari penggunaan gmail, hangouts (Chat, Video Calls), Calendar, Google Drive , Docs, Sheets dan Presentations.

    Syarat yang perlu pelajar ada sebelum menghadiri Bengkel :

    1. Akaun gmail sendiri
    2. Pelajar perlu ingat ID dan password gmail.

    Objektif

    1. Membolehkan para peserta meningkatkan kemahiran aplikasi di dalam google
    2. Menggunakan Google Drive dengan mudah dan sangat mesra pengguna
    3. Menggunakan documents , sheet dan presentation secara online
  • Tenaga Pengajar : En Md Nor Bin Mohamad Saleh

    Pengenalan

    Objektif utama adalah untuk menghasilkan gambar menggunakan telefon bimbit anda

    Apa yang diajar di dalam Bengkel :

    1. Mengenali setting pada kamera smartphone.
    2. Asas fotografi seperti Shutter speed, aperture, iso dan exposure.
    3. Cara mendapatkan gambar yang sharp.
    4. Editing menggunakan apps Snapseed, Vscocam, Mexture dll
    5. Komposisi & penceritaan.
    6. dan banyak lagi, korang boleh tanya apa-apa soalan sepanjang bengkel.

    Apa yang perlu dibawa?

    • Smartphone

    Apa yang perlu dibawa?

    1. a) Import video dan gambar dari PC,laptop, telefon bimbit, camcorder atau kamera.
    2. Sunting video guna teknik Cutting, Transition, Mute
    3. Masukkan text dan music
    4. Rekod suara dan export ke MP3
    5. Masukkan Suara di permulaan video
    6. Render Video, Export Video, Convert dan Save/Share Video
  • Tenaga Pengajar : En Mohd Nor Saiful Bin Subari

    Pengenalan

    Windows Movie Maker atau disingkat WMM adalah sebuah program editing video yang sederhana, direkabentuk untuk penggunaan komputer peribadi dengan sedikit pengalaman untuk membuat video.

    Dengan WMM ini anda boleh melakukan pengeditan video sederhana dan memainkannya melalui Windows Media Player. Kemudian anda boleh menyalin ke CD dan dijadikan koleksi video Anda. Keistimewaan Windows Movie Maker ini mampu bekerja dengan baik pada video kamera digital mahupun analog.

    Objektif Kursus :

    1. Memberi pendedahan kepada peserta tentang asas teknik rakaman video dengan menggunakan peralatan yang boleh merakam imej bergerak saperti Kamera Digital, Kamera DSLR, Tablet, Telefon Bimbit dan sebagainya.
    2. Memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik asas penyuntingan audio video, digunakan untuk menghasilkan video klip untuk pelbagai tujuan penyampaian maklumat saperti Pesembahan Multimedia, Montaj Pelancaran, Panduan Pengguna, Hiburan, Kempen, Pembelajaran & Pengajaran, Promosi Produk, Hobi dan sebagainya.
    3. Memberi pengalaman baru kepada peserta yang ingin mempelajari kendalian peralatan rakaman dan perisian penyuntingan video.
    4. Meningkatkan latihan kemahiran cara penggunaan peralatan rakaman dan perisian penyuntingan bagi menambahkan kecekapan.
  • Tenaga Pengajar : En Mohd Fairuz Bin Taib
    Pembantu Tenaga Pengajar : Pn Nur Aini Hayati Binti Hussin

    Pengenalan

    Scratch merupakan salah satu bahasa pengaturcaraan yang direka untuk memperkenalkan bahasa pengautcaraan yang sederhana dan mudah untuk difahami oleh semua peringkat. Oleh karena itu scratch ini sering digunakan oleh orang-orang yang baru mengenali bahasa pengatucaraan.

    Salah satu penggunaan scratch ini adalah untuk membuat game. Programmer Scratch menggabungkan media yang berbeza seperti gambar , foto , kesan suara dan sebagainya dengan cara yang menarik untuk menciptakan sesuatu yang baru.

    Objektif Kursus :

    1. Untuk memupuk minat dan memberi pendedahan dalam pengaturcaraan di kalangan pelajar sekolah.
    2. Untuk menyumbang kepakaran tenaga pengajar PPPK UTeM kepada masyarakat umum.
    3. Untuk menjadikan pelajar-pelajar lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran pengaturcaraan untuk anak2 di peringkat sekolah.
  • Klik untuk Galeri Gambar