Program Literasi ICT merupakan salah satu program khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh PPPK untuk kelompok masyarakat yang berbeza.  Program ini bertujuan menerapkan nilai-nilai murni dan meningkatkan semangat dan motivasi bagi staf PPPK yang terdiri daripada latar belakang dan kemahiran yang berbeza.  

Di samping itu juga program khidmat masyarakat ini merupakan kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan adalah untuk meringankan bebanan, memberi manfaat, dan kesejahteraan kepada komuniti tertentu. Aktiviti ini amat digalakkan dilakukan secara berkumpulan dan berkala untuk memberi hasil dan impak kepada komuniti yang menerima. Khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan warga PPPK UTeM.

Staf PPPK UTeM didedahkan kepada program khidmat masyarakat dan sukarelawan, kemahiran psikologi bagi mendekatkan masyarakat dari aspek budaya, nilai dan norma masyarakat. Kemahiran yang didapati melalui aktiviti khidmat masyarakat merupakan satu kredit kepada staf dalam mempromosikan diri mereka sebagai staf PPPK UTeM.

 

Sekolah Rendah Arab JAIM Tun Razak- 19 Julai 2018

Seramai 40 orang Pelajar Sekolah Rendah Arab JAIM Tun Razak, Bukit Katil, Melaka dan diiringi 2 orang guru pengiring telah mengikuti Program Literasi ICT pada 19 Julai 2018. Program yang diperkenalkan adalah Aplikasi Scratch. Aplikasi ini adalah antara salah satu silibus terbaru yang terkandung didalam Subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 6.

Program ini telah diadakan dengan jayanya pada 19 Julai 2018 atas kerjasama  fasilitator, tenaga pengajar dan pembantu tenaga pengajar sukarelawan terdiri daripada staf PPPK dan staf Laman Hikmah bertempat di Laman Hikmah UTeM. 

Program ini juga telah mencapai objektif yang telah digariskan iaitu :-

  1. Memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah tentang hal berkaitan teknikal dan perisian asas bagi computer
  2. Menarik minat murid-murid sekolah serta mendedahkan mereka terhadap penggunaan teknologi maklumat terkini dalam sistem pengajaran
  3. Pembelajaran serta dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian dan menyahut seruan kerajaan

 

Staf / Sukarelawan yang terlibat:

Pengajar

  1. En Fairuz Bin Taib
  2. Ahmad Zaki Bin Abdullah

Fasilitator

  1. Cik Nuraini Binti Zakaria
  2. Pn Nur Aini Hayati Binti Husin

Urusetia PPPK

  1. Pn Siti Hajar Binti Yaakop
  2. Pn Sarimah Nor Binti Miskam
  3. Pn Hazilah Binti Hamid
  4. Pn Nuraisah Binti Abdul Wahab
  5. En Mohd Alwi Bin Abdul Hamid

Urusetia Perpustakaan LAMAN HIKMAH

  1. Pn Suhadawati Binti Ahmad
  2. Pn Irastika Murni Binti Selamat

 



Klik untuk Galeri Gambar

Rumah Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah Melaka - 22 Oktober 2019


Staf / Sukarelawan yang terlibat:

Pengajar

  1. Mazura Binti Mustafa
    Modul 1 : Sesi 8.30pg -10.30pg
    MS Word dan MS Powerpoint

  2. Mohd Fairuz Bin Taib
    Modul 2 : Sesi 10.30pg -12.00pg
    Pengenalan Media Sosial

  3. Wan Imrul Nazimi Bin Nordin
    Modul 3 : Sesi 12.00pg -1.00tgh
    Isu Isu Keselamatan PC

  4. Ahmad Zaki Abdullah
    Modul 4 : Sesi 2.30ptg -4.30ptg
    Membina Blog menggunakan wordpress

Pembantu Pengajar

  1. Rafidah Binti Kasim
  2. Nurul Husnah Binti Hamzah
  3. Raihana Binti Md Kasim
  4. Norazlinda Binti Ibrahim

Urusetia

  1. Siti Hajar Binti Yaakop

AJK Penyambut Tetamu

  1. Noor Haniza Binti Kiah
  2. Nor Liza Binti Baba
  3. Noor Hafizah Binti Ahmad Tajuddin
  4. Wan Mohd Pazri Bin Wan Othman

AJK Jamuan

  1. Hazilah Binti Hamid
  2. Erfa Fatin Binti Bachik

AJK Penyampaian Hadiah

  1. Rafizah Binti Mahfoz



Klik untuk Galeri Gambar