Unit Latihan Pusat Perkhidmatan Pengetahuan Dan Komunikasi memainkan peranan dalam merancang dan melaksanakan kursus ICT berkualiti dan menepati keperluan pelanggan mengikut perkembangan ICT terkini. Tujuan utama adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan staf dalam bidang IT.

Tenaga pengajar yang dilantik mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang professional dan pengalaman mengajar lebih dari 10 tahun dalam bidang kepakaran masing-masing. Di antara pengiktirafan kepakaran yang ada di kalangan tenaga pengajar adalah seperti Certified Data Center Specialist (CDCS), Certified Data Center Professional (CDCP) , Certified IP Engineer (CIPE), Certified IP Associate (CIPA) , Microsoft Certified System Engineer (MCSE) , Microsoft Certified System Admin (MCSA) , Network Design, Network Consultant, ICT Management.

Bagi mengawal kualiti tenaga pengajar maka setiap akhir kursus akan diberi borang penilaian kursus untuk keseluruhan kursus berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan. Pihak pengurusan akan memantau segala kekurangan yang ada dan akan memperbaiki dari masa ke semasa.

Disamping itu Unit Latihan juga dipertanggungjawabkan untuk menawarkan beberapan Kursus ICT dan sewaan Bilik Latihan Komputer dengan peralatan dan aplikasi yang terkini kepada badan berkanun negeri, sektor swasta dan kerajaan. Kursus yang dianjurkan adalah berpatutan dengan harga yang ditawarkan kerana ianya adalah bertujuan untuk membantu badan kerajaan dan swasta di dalam penyediaan perbelanjaan yang berhemah dengan mendapat pulangan yang memenuhi kehendak majikan.

Selamat Datang ke Laman Rasmi Unit Latihan, Pusat Perkhidmatan Pengetahuan dan Komunikasi.